Saturday, May 16, 2009

BENCANA ALAM



Erm..nie pic kandang aku before aku upgrade..hu3x..kawasan banjir.alhamdulilah nasib tuhan bg pertunjuk.suruh aku upgrade reban ayam aku..sekarang xder masalah lagi..
nie salah satu masalah tentang kawasan perternakan ayam aku..

Sunday, February 1, 2009

Rakan Niaga Perternakan Ayam Kampung

Salam..kepada pengusaha ayam kampung or kepada berminat menceburi nya.mari lah kite kongsi idea,pandangan dan apa-apa sahaja .demi memajukan projek ternakan saudara bersama..

Gambar Farm















Tuesday, November 4, 2008

Harga Ayam Kampung

Alhamdulilah..ayam yang telah di ternak selama 2 bln sebelum ini hidup semuanya walaupun ader yang mati..tp jumlah nye sedikit..

Pihak Opal Unite menjual Ayam Kampung dengan harga

1 kg =RM 12.00 (Hidup)
1 kg= RM15.00 (Bersih)

*harga boleh dirunding..
sebarang pertanyaan boleh hubungi saya hairy 012-3100695

Sunday, November 2, 2008

Ayam Kampung

PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;

  • Telur dan daging untuk makanan keluarga
  • Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
  • Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

  • KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG

  • Boleh dibiakkan sepanjang tahun
  • Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
  • Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
  • Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
  • SISTEM PERUMAHAN

  • Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
  • 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
  • kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
  • gunakan peralatan makan/minum yang murah.
  • PEMAKANAN AYAM

    Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

  • Makanan komersil/dagangan
  • Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
  • Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
  • Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
  • Makanan Campuran atau Sisa Makanan
  • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
  • Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
  • Ikan baja dan lain-lain
  • PENGURUSAN

    Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)

  • Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
  • Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
  • Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
  • Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)

  • Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
  • Boleh dilepaskan pada siang hari
  • Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
  • Sediakan sarang bertelur
  • Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
  • PEMBIAKAN

  • Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
  • 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
  • Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
  • Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
  • Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
  • KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

    Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

  • Warisan
  • Pemakanan
  • Pengurusan
  • Persekitaran
  • Jangkitan
  • Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

  • Reban sentiasa bersih
  • Anak ayam bebas dari penyakit
  • Jauh dari ternakan dan haiwan lain
  • Pelawat perlu dikawal
  • Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
  • Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
  • Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
  • Program Pencegahan penyakit

  • Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
  • Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
  • Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “

  • Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

  • Kurang nafsu makan
  • Monyok dan tidak aktif
  • Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
  • Muka bengkak
  • Berak cair atau berdarah
  • Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
  • JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

  • Sampar ayam (ND)
  • Penyakit Gumboro (IBD)
  • Puru
  • Salmonellosis
  • Pasteurellosis
  • Lain-lain
  • Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

    Galeri Ayam Kampung

    Nasi yang di ambil dari kedai-kedai makan di beri makan pada ayam..
    Dedak dan Jagung di beri pada bekas khas.
    Anak ayam mesti lah di asing kan..

    Welcome to Opal Unite Enterprise

    Opal Unite Enterprise merupakan syarikat Supplier and Trading.Alhamdulilah syarikat Opal unite telah mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF).Antara bidang yang di daftar di kementerian kewangan ialah

    1. 010201 ALAT TULIS (TIDAK TERMASUK BORANG/KERTAS KOMPUTER)
    2. 020101 PERABUT
    3. 020300 PERKAKASAN ELEKTRIK
    4. 050200 PAKAIAN DAN KELENGKAPAN
    5. 070100 PERALATAN/PAKAIAN SUKAN
    6. 070200 CENDERMATA DAN HADIAH
    7. 080200 MAKANAN MENTAH BASAH
    8. 080300 MAKANAN MENTAH KERING
    9. 220401 MENCUCI BANGUNAN
    10. 220402 MEMBERSIH KAWASAN
    11. 220403 Mengangkat Sampah
    12. 220803 Hiasan Jalan/Kawasan
    13. 221708 Dobi
    Saudara-saudari boleh hubungi :


    Opal Unite Enterprise Print
    Address:
    No 19,Lot 5860 ,Tingkat 1,Bt 2 1/2,Jalan Seremban,
    Taman Cahaya Suria ,Port Dickson
    Negeri Sembilan
    Malaysia
    71000

    Website :www.opalunite.com

    E-mail: opalunite@gmail.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
    Telephone: +6012-3100695
    Fax: +06-6517800